1.DEFINISI kegagalan individu dalam memenuhi keperluan dan keinginanya.

1.DEFINISI TEKANANStress  adalah  gangguan  mental  yang  dihadapi  seseorang  akibat  adalah  tekanan.  Tekanan  ini  muncul  dari  kegagalan  individu  dalam  memenuhi  keperluan  dan  keinginanya. “Tekanan adalah tindak balas yang mengganggu kepada faktor-faktor luaran dan dalaman” (DAVID PARGMAN) Tekanan juga  boleh  menyebabkan  kita  malas  melakukan  apa-apa. Tekanan   membuatkan  badan  tidak  sihat,  tidak  bersemangat  dan  mudah  beremosi.  Tekanan  adalah  tindakbalas  terhadap  sebarang  ransangan  yang  mengakibatkan  gangguan  homeostesis  (Kemampuan  proses  fisiologis  tubuh  dalam  mempertahankan  keseimbangan  dan  kecenderungan  semua  jaringan  hidup  guna  memelihara  dan  mempertahankan  kondisi  seimbang) – (Connon,1926)  mempunyai  kesan  negetif  dan  tidak  diingin

CARA MENANGANI TEKANAN  Tekanan stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka, kita perlu mengetahui cara menangani tekanan untuk mendapat personliti yang baik tanpa menjejaskan kerja atau hubungan dengan keluarganya. Secara umumnya, antara cara-cara yang menangani stress ialah :RiadahRiadah merupakan satu keperluan di dalam manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat, fizikal menjadi lebih mantap dan pernafasan menjadi lebih baik. Ini selaras dengan slogan badan cegas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan dapat merupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Apabila kita beriadah  bersama kawan-kawan atau ahli keluarga selalunya merasa gembira dan hasil komunikasi ketika sesi riadah mengatasi maasalah stress. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada kita untuk menyelesaikan msalah emosi yang tertanggung. Jangan membebankan diriKadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri .Justeru itu, penting untuk mengelak diri dan mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Jadi keadaan ini akan membuat kita dilanda masalah stress. Jika dapat tugas yang lebih besar, bahagikan kepada kumpulan kumpulan-kumpulan kecil dan lakukan sedikit demi sedikit serta dahulukan yang mana penting. Dengan cara ini, ia akan menjadi lebih mudah dan meringankan beban tubuh dan minda kita. Sekiranya tugas yang lebih besar dibuat sekaligus ini boleh menimbulkan tekanan diri dan minda menyebabkan stress yang menangguhkan kerja kepada bebanan lebih berat dan ini langsung tidak mampu dilaksanakan. Tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan seharusnya diatur dan digunakan debgan agar tugas tersebut tidak tertangguh dan dapat diselesaikan.  Makanan berkhasiatSelain aktiviti fizikal yang dilakukan, pengambilan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi juga membantu mengurangkan tekanan menguruskan keluarga. Apabila pengambilan makanan yang bernutrisi, tubuh akan mendapat semua khasiat yang diperlukan bagi proses pemakanan kalori. Hasilnya kita akan mendapat tidur yang lena dan badan kembali segar dan bermaya untuk melakukan rutin harian tersebut. Contohnya, makanan berkarbohidrat tinngi seperti roti gandum, nasi dan buah-buahan dapat membantu  member tenaga yang mencukupi bagi tubuh dan otak. Manakala pengambilan kalsium dapat mengurangkan kebimbangan dan tekanan bagi sesetengah  di luar negara. Kita boleh mendapatkan kandungan kalsium ini sama ada pada susu, sayuran ataupun soya. Selain itu, pengambilan Omega-3 yang banyak terdapat pada ikan membantu mengekalkan tahap hormone tekanan di paras yang terkawal. Zat ini juga boleh didapati pada kekacang ataupun bijirin.    MASALAH ATAU HALANGAN UNTUK MENDAPAT PERSONALITI YANG BAIK TANPA MENJEJASKAN PRESTASI KERJA ATAU HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DAN RAKAN-RAKANKita sedia maklum bahawa keyakinan diri adalah entiti yang tidak stabil. Ada masa ia meningkat tinnggi adakala ia boleh menjunam secara tiba-tiba. Begitu juga dengan tahap keyakinan kita dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah keluarga, tahap pendidikan dan kemahiran, ciri –ciri  fizikal dan gaya berfikir. Justeru itu,berbekalkan  kekuatan jiwa mampu mengubah faktor yang negatif menjadi positif. Keterangan berikut akan menghuraikan dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan perkara ini.KeluargaInstitusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti individu. Didikan ibu bapa dan cara berkomunikasi yang diamalkan akan mempengaruhi keyakinan anak-anak. Jika ibu bapa memupuk sikap berdikari di kalangan anak-anak , pasti anak-anak akan lebih berkeyakinan dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Manakala jika ibu bapa selalu menyalahkan anak-anak untuk kesalahan-kesalahan kecil, pasti anak-anak akan berasa rendah diri dan menjadi seorang yang penakut, pemalu dan suka bergantung kepada orang lain.Gaya keibubapaan juga tidak kurang pentingnya bagi memupuk keyakinan dalam diri anak-anak. Ibu bapa yang autorotarif lebih memberikan autonomi kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu tugasan. Anak-anak juga diberi peluang untuk mencuba dan mengembangkan bakat sambil diperhatikan oleh ibu bapa. Manakala ibu bapa yang autokratik mengenakan pelbagai peraturan dan disiplin. Mereka tidak memberi kebebasan kepada anak-anak dan tidak member peluang untuk membuat keputusan.  Jadi anak-anak terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Untuk gaya permisif pula ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak tanpa batasan. Ibu bapa  menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak  untuk melakukan apa sahaja yang disukai. Mereka membiarkan anak-anak membuat keputusan untuk diri sendiri.Keharmonian keluarga juga secara tidak langsung boleh mempengaruhi keyakinan anak-anak. Jika keluarga pincang, pasti anak membesar nanti akan mempunyai personaliti yang rendah. Mereka akan ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri dan tidak percaya dengan orang di sekeliling. Seandainya ibu bapa mengamalkan komunikasi sehala, suka menggunakan kekerasan dan suka menyindir, akan membuatkan anak-anak menjadi seorang yang berkeyakinan rendah dan tidak bermotivasi.  Tahap pendidikan dan kemahiranTahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki juga mempengaruhi keyakinan kita. Reality menunjukkan latar belakang yang baik seperti mempunyai segulung ijazah akan cenderung untuk berkeyakinan tinggi k dimana berada. Manakala yang kurang berkelulusan pula akan berasa rendah diri. Mereka suka menjauhkan diri, menghindari perbualan yang serius atau cuba mengelak daripada berkumpul bersama-sama. Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang boleh meningkatkan keyakinan diri. Golongan yang berkemahiran akan merasakan bahawa mereka mempunayai tempat di kalangan masyarakat. Mereka juga beranggapan bahawa mereka telah memainkan peranan penting kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara.  Ia bukan sahaja dapat dijana bagi memajukan diri malah pengaruh dalam meningkatkan keyakinan kita apabila berada di kalangan masyarakat. Ciri-ciri fizikalCiri-ciri  fizikal turut mempengaruhi tahap keyakinan kita. Mereka yang memiliki rupa paras dan fizikal yang elok dilihat mempunyai kyakinan diri yang tingi. Berbanding yang sebaliknya,mereka seolah-olah  menyisihkan diri daripada masyarakat. Bagi lelaki memiliki tubuh badan yang sasa dan tinggi dan kacak dilihat lebih berkeyakinan dan persoanaliti mereka lebih menyerlah. Manakala yang sebaliknya, pula menghadapi cabaran untuk menunjukkan kebolehan serta bakat yang dimiliki. Bagi wanita pula ciri-ciri fizikal pula menjadi aset untuk menempatkan diri di dalam kerjaya atau aktiviti sosial. Bagi wanita yang cantik dan mempunyai fizikal yang menarik akan lebih diberi perhatian dan mendapatkan di dalam pasaran kerja. Manakala bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan rupa paras akan berasa tersisih atau rendah diri. Hakikatnya , ciri-ciri fizikal tidak harus menjadi sebab untuk kita berasa rendah diri atau tersisih. Apapun yang kita hadapi perlulah dijadikan pembakar semangat untuk kita membuktikan kemampuan kepada orang lain.  Gaya berfikirGaya berfikir mempunyai kaitan rapat dengan keyakinan seseorang. Gaya berfikir yang positif mencorakkan kepada keceriaan dan meningkatkan semangat kita. Manakala gaya yang negatif pula membawa kepada kemurungan, tekanan dan mengurangkan tahap keyakinan diri.  Justeru itu, apabila kita menambah sesuatu yang tiada , lebih banyaklah  pemikiran-pemikiran yang negatif yang muncul di fikiran. Walaupun ianya hanyalah permasalahan yang kecil  tetapi ia nampak seolah-olah permasalahan yang sangat besar. Ada di kalangan suka meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku terutama berkaitan dengan diri sendiri. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diigini pula, kita suka menyalahkan diri sendiri dan mengatakan itu adalah kesilapan sendiri. Apapun yang berlaku adalah di luar kawalan kita bukannya disebabkan oleh kesilapan kita. Gaya pemikiran sangat mempengaruhi keyakinan dan harga diri kita serta  mengiktiraf pencapaian diri kita.